Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Malaysia bimbang militan Indonesia di Syria arah serangan

Sep 06, 2016 | 03:26 PM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia bimbang militan Indonesia di Syria menghasut warga Malaysia yang menyokong kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) supaya menyerang sasaran terpilih di negara ini.



Bahagian Penentangan Pengganasan Cawangan Khas polis di Bukit Aman berkata militan Bahrum Shah didapati mengarahkan serangan ke atas kepentingan Barat, kerajaan dan pasukan keselamatan.



Ketua hahagian itu, Timbalan Pensuruhjaya Polis (DCP) Datuk Ayob Khan, berkata demikian dalam ucaptama pada Simposium Keselamatan Asean IACSP di Kuala Lumpur pada Selasa (6 Sep).



DCP Ayob kemudian memberitahu pemberita polis bimbang mengenai perkara itu kerana Bahrum mempunyai banyak dana.



"Apabila anda mempunyai dana, anda boleh melancarkan serangan secara besar-besaran. Jika anda melihat al-Qaeda sebelum ini, wang yang datang ke Malaysia dari Afghanistan digunakan untuk membiayai pengeboman Bali.



"Jika wang datang dari Syria, pada jangka pendek, mereka akan melancarkan serangan besar. Itulah yang kami bimbang. Kita perlu memotong saluran mereka," katanya.



Menurut laporan oleh Jakarta Post, Bahrum Shah dipercayai menjadi komander Katibah Nusantara, iaitu sebuah kumpulan bersama pejuang Indonesia dan Malaysia ISIS yang ditubuhkan pada akhir 2014.



DCP Ayob juga menamakan Bahrun Naim dan Abu Jandal sebagai dua lagi militan Indonesia yang mengarahkan serangan di rantau ini.



Malaysia tidak terlepas daripada ISIS, dengan polis mengatakan pengeboman di kelab malam Movida di Puchong Jun lalu adalah serangan ISIS yang pertama berjaya di negara ini.



DCP Ayob berkata 13 rancangan serangan pengganas oleh ISIS di Kuala Lumpur telah gagal, dengan tujuh daripadanya diarah dari Syria.



Sejak Februari 2013, polis Malaysia telah menangkap 239 orang kerana kegiatan berkaitan pengganasan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >