KUALA LUMPUR: Polis Malaysa menggempur sebuah markas militan yang dipercayai beroperasi bagi menjalankan ujian bahan letupan di kawasan hutan rekreasi Gunung Nuang, Ulu Langat, tengah malam kelmarin.
Dalam serbuan yang sama, seramai 12 individu disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS ditahan selepas dipercayai cuba melancarkan serangan terhadap kepentingan kerajaan Malaysia.