POLIS tidak membenarkan kumpulan prohak Melayu mengadakan perhimpunan pada 16 September ini atas alasan kebimbangan mengenai keselamatan, tetapi pemimpin akar umbi Umno berkata mereka akan meneruskannya.
Rapat Himpunan Rakyat Bersatu itu telah menarik perhatian di media sosial, terutama kerana beberapa poster di sekitar Kuala Lumpur memapar grafik keganasan terhadap masyarakat Cina.