Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis: Militan rancang serang Indonesia bulan ini

Dec 22, 2015 | 09:50 AM



JAKARTA: Polis Indonesia menyatakan pada Isnin (21 Dis) ia diletak dalam keadaan berjaga-jaga tertinggi selepas didedahkan bahawa militan merancang serangan di beberapa bandar negara itu bulan ini, menyasarkan kemudahan penting pada ekonomi, pegawai kanan polis, pegawai tinggi kerajaan dan orang bukan Islam.


"Mereka merancang menjadikan Indonesia salah satu acara kemuncak berita antarabangsa," kata jurucakap polis, Ketua Inspektor Anton Charliyan, dalam satu sidang media, lapor akhbar The Straits Times.


Sasaran termasuk dua bandar di Jawa dan satu di Sumatera serta Kalimantan, katanya, sambil menambah terdapat hubungan antara militan yang ditahan minggu lalu di Jawa Tengah dan Barat dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Polis sedang meningkatkan usaha memburu militan lain semasa menganalisis dokumen, bukti digital seperti mesej Internet serta maklumat daripada soal siasat sembilan militan yang ditangkap.


Ketua Polis Badrodin Haiti berkata rancangan pengganasan itu terbongkar dengan bantuan Polis Federal Australia, Biro Penyiasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat dan pihak berkuasa Singapura.


Dokumen yang dirampas semasa tangkapan Jumaat dan Sabtu lalu termasuk nota dengan mesej yang bertanya apakah dana yang dihantar dari Syria telah diterima militan Indonesia. Encik Anton berkata ini sedang disiasat lanjut.


Antara mereka yang ditahan ialah seorang pengebom berani mati bernama Zaenal.


Siasatan juga mendedahkan penyelaras operasi ISIS di Indonesia ialah seorang lelaki berpusat di Solo, Jawa Tengah, kata Encik Anton. Beliau enggan mengulas lanjut.


"Kami tetap berjaga-jaga kerana komunikasi mereka mengatakan masa serangan ialah pada Disember, tetapi menurut sejarah, kami mengalami serangan pada Krismas. Kami mengambil keputusan meningkatkan amaran bagi Krismas dan malam Tahun Baru," katanya.


Pada malam Krismas 2000, serangan hampir serentak di gereja-gereja di Jakarta oleh militan Jemaah Islamiyah mengorbankan 18 orang.


Pendedahan polis mengenai serangan yang dirancang bulan ini datang sedang Australia dan Indonesia bersetuju meningkatkan kerjasama dalam perisikan siber, mengesan pembiayaan dan bantuan teknikal pengganasan.


Ia menyusuli perbincangan keselamatan antara Peguam Negara Australia, Encik George Brandis, dan Menteri Kehakiman Michael Keenan dan Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Hal Ehwal Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, General Badrodin, serta pegawai kanan lain pada Isnin.


Indonesia juga sedang mengkaji undang-undang berkaitan pengganasan di Australia sedang Jakarta berusaha meminda undang-undang antipengganasannya pada 2016 untuk memberi pihak berkuasa lebih banyak ruang bagi langkah pencegahan.


"Tiada negara kebal daripada pengganasan tetapi saya memberi jaminan kepada anda, kami bekerja keras untuk menangani isu ini," kata Encik dalam sidang media pada Isnin.


Encik Anton berkata petunjuk lain daripada tangkapan minggu lalu menunjukkan seorang warga Indonesia, Bahrun Naim, bekas banduan yang pergi ke Syria untuk berjuang bersama ISIS, secara aktif berkomunikasi dengan kumpulan militan di Indonesia.


Beliau tidak memberi sebarang maklumat lanjut.


Bahrun meringkuk dua setengah tahun penjara di Indonesia kerena kesalahan menyimpan 533 peluru senapang dan 32 peluru pistol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >