JOHOR BAHRU: Alat pengimbas nombor plat kenderaan automatik (ANPR) bagi memburu pesalah trafik warga asing, terutama warga Singapura, akan ditempatkan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini bermula minggu depan.
Peralatan terbaru yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat itu diperkenal di kawasan sempadan negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memburu warga asing yang liat membayar saman, lapor Utusan Malaysia semalam.