Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis M'sia kenal pasti dua lelaki Korea Utara berhubung pembunuhan Kim Jong Nam

Feb 22, 2017 | 02:40 PM



KUALA LUMPUR - Polis Malaysia telah mengenal pasti dua rakyat Korea Utara yang dicari berkaitan dengan pembunuhan Kim Jong Nam, seorang daripadanya katanya adalah seorang pegawai di kedutaan Korea Utara dan seorang lagi anggota kakitangan di syarikat penerbangan Korea Utara Air Koryo.



Pada sidang akhbar Rabu (22 Feb), Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua warga Korea Utara itu masih berada di Malaysia.



Beliau mengenal pasti pegawai kedutaan sebagai Hyon Kwang Song, yang berpangkat Setiausaha Kedua di Kedutaan, dan seorang lagi bekerja di syarikat penerbangan Korea Utara sebagai Kim Uk Il.



Beliau berkata polis telah meminta kedutaan Korea Utara membenarkan mereka menemubual kedua-dua suspek.



"Kami harap kedutaan Korea Utara akan bekerjasama. Jika tidak kami akan memaksa mereka datang. Kami akan mengeluarkan waran tangkap," katanya, sambil menambah bahawa kedutaan itu setakat ini tidak memberi bantuan dalam kes itu.



Encik Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, terbunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur minggu lalu. Rakaman CCTV menunjukkan dia telah diserang dua wanita warga asing, seorang daripadanya dikatakan telah menyapu muka beliau dengan kain yang dicelup cecair beracun.



Polis telah menahan empat orang sejak Rabu lalu, termasuk seorang wanita Vietnam yang dikenali sebagai Doan Thi Huong, 28 tahun, dan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Siti Aisyah, 25 tahun. Encik Khalid berkata polis akan melanjutkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek wanita.



Beliau berkata kedua-dua wanita menyedari bahawa bahan yang digunakan terhadap Encik Kim adalah beracun dan telah pergi ke bilik air untuk mencuci tangan selepas serangan itu.



"Kami percaya ia adalah satu perkara yang dirancang dan mereka telah dilatih melakukannya," kata beliau.



Seorang lagi suspek, teman lelaki Malaysia Siti Aisyah, Muhammad Farid Jalaluddin, 26 tahun, yang juga ditahan akan dibebaskan dengan bon polis, katanya.



Polis juga telah menahan warga Korea Utara, Ri Jong Chol, 46 tahun, yang berada di Malaysia menggunakan visa kerja sejak 2013.



Empat lelaki Korea Utara lain yang dikehendaki oleh polis Malaysia dipercayai telah meninggalkan negara itu pada hari serangan itu. Encik Khalid berkata polis Malaysia meminta bantuan Korea Utara untuk mengesan mereka.



Encik Khalid juga menjelaskan bahawa khabar angin anak Encik Kim, Kim Han Sol, berada di negara itu adalah tidak benar. Tiada ahli keluarga tampil untuk mengenal pasti mayat.



Beliau berkata polis juga tahu terntang percubaan memecah masuk ke bilik mayat hospital tempat mayat Encik Kim disimpan. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >