KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa kejadian letupan bom tangan di sebuah pusat hiburan Movida, di Puchong, dekat sini minggu lalu didalangi pengganas IS dan merupakan serangan pertama kumpulan tersebut di negara itu.
Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya telah menjalankan operasi dan menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu, lapor Utusan Online semalam.