KOTA KINABALU: Polis Malaysia menafikan dakwaan yang tersebarluas menerusi media sosial bahawa kompleks membeli-belah di bandar Sabah ini menjadi sasaran lapan pengebom nekad Abu Sayyaf.
“Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media sosial bahawa beberapa lokasi di Kota Kinabalu khususnya dan Sabah umumnya menjadi sasaran pengebom nekad Abu Sayyaf,” kata ketua polis Kota Kinabalu, Penolong Pesuruhjaya (AC) Polis M. Chandra, semalam.