JAKARTA: Polis Kota Banda Aceh menamakan dua lagi suspek penyeludupan pelarian Rohingya ke pantai Aceh Besar.
Sebelum ini polis telah menahan seorang suspek dalam kes yang sama.
Dua suspek baru itu ialah MAH, 22 tahun, warga Bangladesh, dan HB, 53 tahun, kelahiran Myanmar, kata Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Banda Aceh, Encik Fadillah Aditya Pratama, lapor agensi berita rasmi Antara pada 27 Disember.
Sebelum ini, polis menamakan MA, 35 tahun, warga Myanmar etnik Rohingya, sebagai suspek yang menyeludup 137 orang ke Indonesia.
MA adalah penduduk Kem 1 Blok H-88 Kutupalum, yang merupakan Pusat Perlindungan Etnik Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.
Ketiga-tiga suspek adalah antara 137 orang yang mendarat di pantai Kampung Lamreh, Daerah Mesjid Raya, Aceh Besar, pada 10 Disember.
Mereka kini tinggal di tempat letak kereta bawah tanah Balai Meuseuraya Aceh (BMA) di Banda Aceh.
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika
Menghadap pelbagai produk penjagaan kulit, daripada krim mewah hingga serum berteknologi tinggi, kita sering terfikir sama ada mengeluarkan wang untuk ramuan yang mahal benar-benar wajar.
Bahkan dalam
Apabila diberi amanah mengkaji dan menggali lebih dalam lagi pelbagai versi cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah, penulis naskhah pentas dari seberang Tambak, Ridhwan Saidi, teruja tetapi akur
Berikan apa jua watak kepada pelakon Malaysia, Nabila Huda Suhaimi, 39 tahun dan pastinya beliau dapat menyampaikannya dengan penuh semangat kerana dunia lakonan itu sudah sebati dengan dirinya.
Kini
Beliau boleh saja memilih untuk kekal bekerja dalam sekitaran berhawa dingin seperti di tempat kerja lamanya dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
Namun, Cik Nur Sharmin rela bertukar kerjaya, sekali
Sebagai penerima geran Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS), Cik Nor Djannah Djohan, mendapat sokongan yang tidak ternilai dalam usahanya mengejar kecemerlangan linguistik.
Selain membantu

Pihak polis percaya bahawa MAH dan HB telah membantu MA menyeludup etnik Rohingya dari Bangladesh ke Indonesia.
Awal daripada itu, penyiasat Polis Aceh Timur turut menamakan tiga pendatang Rohingya sebagai suspek penyeludupan manusia.
Mereka ialah Sajul Islam, 41 tahun, yang bertindak sebagai tekong bot; Rubis Ahmad, 42 tahun, penolong kapten; dan M Amin, 42 tahun, pengendali enjin kapal itu.
Ketua Polis Aceh Timur, Encik Andy Rahmansyah, pada 22 Disember lalu berkata, ketiga-tiga suspek adalah antara 50 etnik Rohingya yang mendarat di kawasan pantai Kampung Seuneubok Baroh pada 14 Disember.
Beliau berkata, pendatang tanpa izin itu melarikan diri dari kem pelarian di Bangladesh.
Mereka terpaksa membayar 300,000 taka atau sekitar Rp42 juta ($3,570) untuk menaiki bot yang belayar ke Indonesia.
Terdahulu, pemerintah Indonesia dilaporkan menyiasat kaitan antara pemerdagangan manusia dengan peningkatan jumlah ketibaan pelarian Rohingya di beberapa negara.
Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menyuarakan kebimbangan dengan jenayah pemerdagangan manusia dikaitkan dengan peningkatan jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Indonesia, khususnya di Aceh.
Beliau berkata ia komited untuk menangani permasalahan itu dengan langkah-langkah yang ketat.
Indonesia melalui Kementerian Luar juga akan terus berkoordinasi dengan organisasi antarabangsa untuk menangani isu pelarian Rohingya. – Agensi berita.