Polis Pulau Pinang bertindak nasihat pemain Pokemon Go jangan buat bising, ganggu trafik

GEORGE TOWN (Pulau Pinang): Beberapa pemain Pokemon Go terkejut apabila sepasukan pegawai polis menjalankan pemeriksaan ke atas mereka di Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon di sini, berikutan aduan gangguan bising dan lalu lintas di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah George Town, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Mior Faridalathrash Wahid, berkata laporan yang diterima daripada penduduk mendakwa kegiatan pemain Pokemon Go mengganggu ketenteraman di kawasan itu.

"Saya telah mengarahkan anggota polis trafik supaya mengeluarkan saman terhadap pemain yang kenderaan atau motosikal mereka diletak sembarangan di bahu jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas di sini.

"Polis juga telah menasihatkan pemain supaya jangan buat bising keterlaluan, yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan ketenangan penduduk di kawasan sekitar Lebuh Acheh.

"Saya tidak lihat ada apa-apa kesalahan dalam bermain Pokemon Go, tetapi kami akan menasihati mereka," katanya kepada pemberita semasa operasi itu pada Selasa (16 Ogos). - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.