Polis siasat kenyataan Nazri terhadap Tengku Mahkota Johor

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz, di bawah Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nazri dan mengesahkan pihaknya akan merekodkan kenyataan daripada menteri itu tidak lama lagi, lapor Malaysiakini.

Dalam pada itu, 46 NGO kaum India di Johor membuat laporan polis terhadap Datuk Nazri susulan kenyataannya terhadap TMJ selain mahu menteri itu menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada TMJ.

Dalam perkembangan yang sama, ahli exco kerajaan negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan, dalam satu kenyataan menasihatkan Datuk Seri Nazri supaya tidak bersikap "kurang ajar". - Agensi berita.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.