Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis siasat mufti Pahang berkaitan kenyataan 'kafir harbi'

Jul 01, 2016 | 08:41 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang menyiasat mufti Pahang berkaitan kenyataan beliau bahawa orang dan parti politik seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah "kafir harbi" - orang tidak beriman yang boleh dibunuh - kerana mereka menentang pelaksanaan undang-undang Islam.



Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata dua laporan polis telah dibuat terhadap Mufti Abdul Rahman Osman.



Kenyataan minggu lepas oleh Mufti Abdul Rahman menyebabkan kemarahan dan kejutan di Malaysia, terutamanya dalam kalangan ahli politik dan orang bukan Islam.



Mereka amat bimbang kerana istilah "kafir harbi" tidak pernah digunakan terhadap musuh politik di Malaysia, walaupun perdebatan sering lantang dalam arena politik negara.



Istilah itu merujuk kepada orang bukan Islam yang melancarkan perang terhadap Islam, dan wajar dihukum mati.



Mufti Abdul Rahman memberitahu akhbar Utusan Malaysia milik Umno Jumaat lalu bahawa DAP tergolong dalam kumpulan bukan Islam itu kerana ia "jelas menentang hudud dan Rang Undang-Undang mengenai Mahkamah Syariah tentang hukuman".



Beliau berkata demikian bagi menunjukkan sokongan pada presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Abdul Hadi Awang, yang membentangkan rang mengenai pindaan Mahkamah Syariah itu di Parlimen baru-baru ini, yang ditolak bukan Islam, termasuk DAP.



Majlis Gereja Malaysia (CCM) berkata pada Rabu ia terkejut dengan kenyataan itu.



"Dalam sebuah negara yang bertujuan menegakkan kedaulatan undang-undang dan yang mengisytiharbahawa semua rakyat Malaysia sama di sisi undang-undang, kenyataan itu tidak konsisten dengan matlamat tersebut," setiausaha agung CCM, Encik Hermen Shastri, ditukil dalam satu kenyataan pada laman berita Malaysiakini.



Sementara itu, sebuah pertubuhan bukan pemerintah propembangkang, Perpaduan Malaysia bagi Orang Muda, berkata pada Selasa komen mufti itu "sangat, sangat berbahaya".



"Bagi orang biasa, apa sahaja yang mufti itu kata adalah fatwa, dan bagi orang biasa, 'kafir harbi' ertinya suatu kumpulan yang harus ditentang, dan ada yang menganggap mereka boleh dibunuh," kata ketua kumpulan itu, Encik Badrul Hisham Shaharin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >