Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Thai beri amaran tentang rancangan serangan bom di Bangkok

Oct 11, 2016 | 03:17 PM



BANGKOK: Polis Thailand berkata pada Selasa (11 Okt) mereka telah meningkat keselamatan di mercu tanda utama di Bangkok, lapangan terbang dan wilayah sekitarnya berikutan laporan rancangan serangan bom, hanya beberapa minggu selepas serangan maut menggegarkan selatan negara itu.



Sebuah kumpulan bersenjata merancang melancarkan serangan bom kereta di sebuah wilayah berhampiran Bangkok, kata ketua keselamatan negara.



"Timbalan Perdana Menteri mengarahkan agensi keselamatan memantau dengan teliti dan memantau sembarang perkara luar biasa, termasuk barang yang digunakan untuk membuat bom, bom dan kereta," kata Jeneral Thawip Netniyom, ketua Majlis Keselamatan Negara, kepada pemberita.



"Mengapa menyasarkan Bangkok? Mereka mungkin mahukan kesannya," ujar beliau, tanpa memberi maklumat mengenai kumpulan yang mungkin di balik rancangan itu.



Destinasi pelancongan popular di selatan Thailand mengalami beberapa serangan bom sejak beberapa minggu lalu, termasuk gelombang serangan di bandar pelancongan antara 11-12 Ogos yang membunuh empat warga Thai dan mencederakan berpuluh-puluh orang, termasuk warga asing.



Polis mengaitkan serangan tersebut dengan pemisah Islam yang beroperasi di selatan Thailand.



Jeneral Thawip berkata beliau tidak pasti apakah serangan yang dirancang itu ada kaitan dengan serangan Ogos.



Bangkok sedang menjadi tuan rumah bagi sebuah mesyuarat serantau yang dihadiri beberapa pemimpin dunia dan perniagaan. Polis berkata mereka dalam keadaan berjaga-jaga.



"Saya telah mengarahkan semua polis di bawah penyeliaan saya di kawasan sekitar Bangkok supaya memantau berita, menyiasat dan mengumpul risikan ke atas kumpulan yang boleh masuk dan menyebabkan masalah," kata Leftenan Jeneral Charnthep Sesawet, pemangku ketua Polis Wilayah Rantau 1, yang menyelia kawasan di sekitar Bangkok. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >