BANGKOK: Polis Thailand, yang tidak pasti adakah suspek letupan bom di Kuil Erawan di sini masih berada di negara itu, mahu mendapatkan lebih banyak saksi dan bukti.
Ia bagi membantu siasatan dua insiden letupan bom di Bangkok minggu lepas, kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Jakthip Chaijinda.