Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Thai tutup kes letupan bom Erawan, dapat ganjaran wang tunai

Sep 29, 2015 | 11:34 AM



POLIS Thailand berkata mereka menganggap kes letupan Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu telah diselesaikan, dan mengadiahkan diri mereka sendiri wang tunai besar di depan wartawan.


Wang itu sumbangan ahli perniagaan swasta dan wang peribadi beliau, ujar ketua polis yang akan bersara, Jeneral Somyot Poompunmuang.


Ini kali kedua 'ganjaran' wang tunai diberi kepada pasukan polis yang mengendalikan kes itu, menurut akhbar The Straits Times.


Bagaimanapun, walaupun menyalahkan rangkaian penyeludupan manusia bagi letupan di kuil di pusat bandar Bangkok itu, Jeneral Somyot menunjukkan ada kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan politik dalam negeri.


Dalam satu sidang akhbar di Bangkok pada Isnin (28 Sep), Jeneral Somyot mengulangi bahawa serangan bom itu tindakan balas dendam kumpulan penyeludup orang etnik Uighur keluar dari China kerana kegiatan mereka terjejas oleh tindakan keras polis.


Namun, beliau berkata seorang daripada dua suspek warga Thai juga terlibat dalam satu letupan bom di sebuah apartmen di Nonthaburi di pinggir Bangkok pada 2010.


"Pengeboman Erawan ialah tindakan balas dendam bagi tindakan kerajaan terhadap penyeludupan manusia. Dan kami juga percaya ada seseorang atau kumpulan yang mengupah kumpulan ini. Polis akan menyiasat lebih lanjut," kata Jeneral Somyot.


"Kami masih belum dapat mengesahkan kaitan (politik) ini. Ia mungkin satu jenayah kontrak. Sebuah kumpulan mungkin diupah kumpulan lain yang bertekad membalas dendam untuk melakukan jenayah jadi kedua-duanya mendapat apa yang mereka mahu," katanya.


Suspek warga Thai itu, Aod Payungwong atau Yongyuth Pobkaew, terlibat dalam "serangan bom politik" di pangsapuri Nonthaburi, yang mengorbankan empat orang, dan tahun lalu, kata Gen Somyot.


Kerajaan menyalahkan penyokong "baju merah" bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra bagai letupan Nonthaburi itu.


Letupan di Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu membunuh 20 orang, termasuk 12 warga asing.


Polis mengeluarkan sekurang-kurangnya 17 waran tangkap, termasuk terhadap warga China dan Pakistan, dan menahan dua orang, Adem Karadag dan Mieraili Yusufu, yang menurut mereka mengaku melakukan serangan tersebut.


Hujung minggu lalu, polis berkata Adem Karadag, yang juga dikenali sebagai Bilal Mohammed dan kewarganegaraan masih tidak jelas, mengaku dia meletak bom di kuil itu.


Jeneral Somyot berkata dua kumpulan penjenayah, masing-masing melibatkan sembilan dan tujuh orang, terlibat dalam jenayah itu dan mereka tinggal di dua blok pangsapuri berbeza di daerah Minburi di Bangkok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >