Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis tingkat keselamatan di Pulau Pinang berkaitan ancaman ISIS

Sep 13, 2016 | 10:20 AM



GEORGE TOWN: Polis Malaysia telah meningkatkan kawalan di semua tempat awam di Pulau Pinang sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman serangan oleh kumpulan pengganasNegara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Ketua Polis Negeri Abdul Ghafar Rajab berkata pihak berkuasa sedang menjalankan pengawasan berterusan di beberapa tempat, lapor agensi berita Bernama.



Pulau Pinang destinasi pelancongan popular, termasuk dalam kalangan warga Singapura.



Datuk Abdul Ghafar berkata polis telah bersedia untuk menggagalkan sebarang cubaan oleh ISIS untuk mengadakan serangan pengganasan.



"Kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak akan berhenti (pengawasan kami), sebelum ancaman itu berakhir," Bernama memetik beliau sebagai berkata pada Isnin (12 Sep).



Beliau menggesa orang ramai supaya memaklumkan kepada polis mengenai sembarang kegiatan mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.



Memandangkan Malaysia akan menyambut Hari Malaysia pada Jumaat (16 Sep), Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata sebelum ini bahawa polis telah meningkatkan amaran di seluruh negara bagi menggagalkan sebarang percubaan oleh militan ISIS untuk mengganggu sambutan tersebut.



Beliau berkata polis tidak menolak ancaman pengganasan berikutan tangkapan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang tiga suspek militan ISIS yang merancang melancarkan serangan pada 30 Ogos, ialah malam sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia.



Kuala Lumpur mengalami serangan ISIS pertama yang berjaya pada Jun apabila lapan orang cedera dalam serangan bom tangan di sebuah bar di Puchong. Polis menahan 15 rakyat Malaysia menyusuli serangan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >