Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis tolak mohonan permit debat antara Mahathir dan Nazri

Mar 21, 2017 | 12:35 PM



IPOH: Polis Malaysia telah menolak permohonan permit bagi perdebatan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



Pemangku ketua polis Perak, Timbalan Pesuruhjaya (DCP) Datuk Hasnan Hassan, berkata polis daerah Kuala Kangsar telah mengkaji permohonan itu dan berasa ia bukan demi kepentingan rakyat di sana.



"Kami telah mengambil kira faktor-faktor berkaitan dengan keselamatan, ketenteraman awam dan perlindungan hak awam dan kebebasan.



"Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Penolong Pesuaruhjaya Ahmad Termizi Abd Haq, telah menolak permohonan permit dan telah memaklumkan penganjur, Kumpulan Media Karangkraf, secara lisan pada Isnin," kata DCP Hasnan dalam satu kenyataan pada Selasa (21 Mac).



"Pihak penganjur juga lewat mengemukakan permohonan itu, dan hanya berbuat demikian pada 20 Mac pada jam 3 petang," katanya, sambil menambah ia kurang daripada syarat 10 hari yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.



Perdebatan yang dinanti-nantikan antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Nazri dijadual berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kati, Kuala Kangsar, Perak, pada 25 Mac.



DCP Hasnan berkata permit itu dinafikan kerana tempat yang dipilih ialah sebuah sekolah, yang merupakan premis yang dilarang di bawah akta itu.



"Polis juga telah menerima bantahan bertulis. Lapan laporan polis telah dibuat oleh orang ramai dan penduduk yang tinggal berhampiran MRSM.



"Mereka bimbang akan keselamatan keluarga mereka kerana ia melibatkan kepentingan dan kesejahteraan mereka," katanya.



Dr Mahathir dan Datuk Seri Nazri telah bersetuju untuk berdebat di kawasan kedua di Padang Rengas, di utara Perak, pada 25 Mac.



Datuk Seri Nazri, sekutu kuat Perdana Menteri Najib Razak, meminta Dr Mahathir bertanding di kawasan Perak dalam pilihan raya umum akan datang.



Dr Mahathir, 91 tahun, berkata beliau tidak akan bertanding di sembarang kawasan undi dan mereka harus mengadakan perdebatan sebagai ganti. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >