Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis trafik M’sia kutip saman RM304j pada 2023

Sep 26, 2023 | 02:08 PM



KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip saman bernilai lebih RM300 juta ($87.54 juta) sepanjang 2023.


Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kassim Karim, berkata dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 1.9 juta saman dikeluarkan di seluruh negara, membabitkan saman bernilai RM302.43 juta.

Beliau berkata jumlah itu sekali gus menjadikan JSPT sebagai jabatan dalam PDRM yang menjadi penyumbang tertinggi kepada Perbendaharaan Negara.

“Bagi tempoh sama pada 2022, kita berjaya mengutip kompaun saman sebanyak RM127.82 juta dan tahun 2023 ini, jumlah itu meningkat kepada RM302.43 juta.

“Jumlah kutipan kompaun saman yang tinggi pada tahun ini ada kaitan dengan peningkatan penggunaan aplikasi MyBayar Saman, yang memudahkan orang ramai membayar saman,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, pada Isnin, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Mat Kassim berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022, jumlah kutipan kompaun saman menerusi MyBayar Saman adalah sebanyak RM37.5 juta, membabitkan 207,217 saman.

Untuk tempoh sama pada 2023 pula, katanya, sebanyak RM169.28 juta kompaun saman membabitkan 2.4 juta saman dibayar orang ramai, menggunakan aplikasi MyBayar Saman.

Mengulas lanjut, beliau berkata orang ramai kini lebih menghargai kemudahan pembayaran saman secara tanpa tunai melalui aplikasi berkenaan dan tidak perlu beratur di kaunter.

“Peningkatan jumlah kutipan kompaun saman pada tahun ini juga hasil daripada keprihatinan kerajaan sekarang yang memohon PDRM menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 50 peratus secara tanpa tunai.

“Baru-baru ini kerajaan menyarankan seberapa boleh, agensi kerajaan yang melibatkan pembayaran perlulah dikurangkan menggunakan konsep tanpa tunai.

“Jadi pihak JSPT menyambut saranan kerajaan yang mana kita menggunakan aplikasi MyBayar Saman,” katanya.

Katanya lagi, JSPT turut membuka 42 kaunter diskaun saman, sepanjang Januari hingga Ogos lalu selain promosi pengurangan bayaran saman yang lain.

Datuk Mat Kassim berkata bagi tempoh 2022, seramai 1.33 juta pengguna direkodkan menggunakan aplikasi itu untuk membayar saman, dan untuk tempoh Januari hingga Ogos lalu, terdapat seramai 1.106 juta menggunakan aplikasi itu bagi tujuan sama.

“Setakat ini terdapat 5.59 juta pengguna individu berdaftar untuk aplikasi MyBayar dan selebihnya adalah syarikat (81,838) dan agensi kerajaan (58) menjadikan jumlah keseluruhan 5.67 juta pengguna.

“Konsep MyBayar Saman akan diperbaiki dan diperluaskan lagi dan kita berharap dalam tempoh tiga tahun akan datang kita dapat kurangkan ataupun kita tidak perlu lagi menggunakan kaunter saman.

“Dengan cara itu, anggota yang bertugas di setiap kaunter (pembayaran saman) dalam antara tiga hingga lima orang, dapat digunakan sepenuhnya di lapangan, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >