Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Populariti Jokowi naik semula

Oct 21, 2015 | 10:50 AM



JAKARTA: Kepopularan Presiden Joko 'Jokowi' Widodo telah meningkat semula, menurut satu tinjauan pendapat, sedang beliau menyambut tahun pertama memegang jawatan pada Selasa (20 Okt).


Terasa bahang daripada salah langkah politik selama berbulan-bulan dan kemelesetan ekonomi terburuk dalam tempoh enam tahun, Encik Jokowi melancarkan usaha pada Ogos untuk memenangi semula kepercayaan pengundi, antaranya dengan merombak kabinet dan mengenalkan pakej rangsangan besar.


Kepopularan beliau meningkat kepada 52 peratus bulan ini daripada 41 peratus pada Jun, menjurut tinjauan ke atas 1,220 rakyat Indonesia oleh Saiful Mujani Research and Consulting.


Namun, ia masih jauh di bawah paras tertinggi 72 peratus selepas beliau dipilih.


Encik Jokowi, presiden pertama Indonesia daripada luar pertubuhan politik atau tentera, menyambut ulang tahun beliau memegang jawatan dengan mengakui kesukaran untuk bertapak.


Kekeliruan dasar, pertelingkahan dalaman dan kepentingan diri menjejas usaha pembaharuan beliaunya.


Beliau juga menghadapi tekanan diplomatik atas kegagalannya memadamkan kebakaran yang menyebabkan jerebu melanda negara jiran.


"Langkah pertama sering yang paling sukar, tetapi juga yang paling penting," kata Encik Joko di Twitter pada Selasa. "Tahun pertama ialah bagi menetapkan asas."


Pelabur berkata Encik Jokowi, yang akan melakukan lawatan ke Amerika Syarikat buat kali pertama sebagai presiden minggu depan, sudah mula melakukan perkara yang betul.


Mereka memberi contoh langkah yang diambilnya baru-baru ini bagi menyediakan lebih banyak kepastian berhubung kenaikan gaji minima tahunan dan kemungkinan melonggarkan peraturan pelaburan asing.


Rupiah telah kembali pulih 7 peratus sejak mencecah kadar paling rendah dalam 17 tahun pada lewat September, manakala pasaran saham telah melonjak 12 peratus berbanding dua tahun lalu.


Namun banyak halangan masih kekal, dengan kenaikan dijangka dalam kadar faedah Amerika, kelembapan di China dan kelemahan penggunaan dalam negeri mengancam menghambat usaha Encik Jokowi. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >