Powell lelaki terpantas dunia

PELARI pecut Jamaica, Asafa Powell, mencatatkan larian terpantas dunia untuk jarak 100 meter apabila mencatatkan masa 9.84 saat di acara Undangan Antarabangsa Jamaica, kelmarin.

Bekas pemegang rekod dunia berusia 32 tahun itu, yang telah menjalani hukuman penggantungan tahun lalu kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah, telah menewaskan pelari Amerika Syarikat, Ryan Bailey (9.93 saat) dan pelari senegara, Nesta Carter (9.98 saat).

Ini merupakan catatan masa terbaik Powell dalam lima tahun.

Juara Olimpik Amerika, Sanya Richards-Ross, mencatatkan masa bawah 50 saat tahun ini dalam perlumbaan 400 meter, mendahului pelari Britain, Christine Ohuruogu, yang mencatat tempat kelima.

Powell, yang mencatatkan masa terpantas 9.72 saat untuk 100 meter, telah digantung daripada bertanding pada April 2014 selepas didapati positif bagi pengambilan dadah perangsang oxilofrine yang dilarang semasa kejohanan nasional Jamaica pada 2013.

Powell, Bailey dan Carter menjadi tiga lelaki pertama yang memecahkan rekod di bawah 10 saat pada tahun ini. - BBC Sport.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.