JAKARTA: Ketua Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Encik Prabowo Subianto, telah berbincang dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) berhubung kemungkinan menjalin pakatan bagi Pemilihan Presiden 9 Julai ini, menurut laporan Jakarta Post semalam.
Naib Pengerusi Gerindra, Encik Fadli Zon, berkata kedua-duanya masih belum menetapkan tarikh bagi mesyuarat langsung bagi membincangkan idea itu.