Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KEMPEN PILIHANRAYA PRESIDEN INDONESIA

Prabowo digugah rekod hak asasi manusia

Jun 20, 2014 | 06:00 PM



JAKARTA (Indonesia): Calon Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, terus menghadapi tekanan hebat berhubung soal hak asasi manusia.


Terbaru, bekas panglima tentera mengesahkan bahawa mantan panglima Komando Pasukan Khusus (Kopassus) itu telah mengarahkan penculikan aktivis pelajar tanpa arahan daripada sesiapa.


Kenyataan itu dibuat mantan Jeneral Wiranto, yang merupakan panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) sewaktu Encik Prabowo dipecat daripada pasukan tentera 16 tahun lalu.


Sebelum ini, Encik Prabowo mengaku telah mengarahkan penculikan aktivis pelajar yang terlibat dalam pergerakan yang akhirnya menggulingkan pemerintahan Presiden Suharto pada Mei 1998 sewaktu krisis kewangan Asia, tetapi menegaskan bahawa beliau bertindak atas arahan pihak atasan.


Populariti Encik Prabowo kian meningkat dan beliau dikatakan berjaya mengurangkan jurang sokongan dengan pesaingnya, Encik Joko Widodo, dari dua kepada satu angka.  Pilihanraya Presiden Indonesia dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >