Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo ikrar kerjasama dengan Jepun selepas kesepakatan dengan China

Apr 03, 2024 | 01:34 PM



TOKYO: Encik Prabowo Subianto yang baru memenangi Pilihan Raya Indonesia, memberitahu Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, tentang rancangan menjalin kerjasama keselamatan dan ekonomi yang lebih mendalam dengan Jepun.


Beliau berkata demikian pada 3 April, dua hari selepas memberitahu Presiden China, Encik Xi Jinping, bahawa beliau berharap untuk menjalin hubungan rapat, semasa melawat Beijing minggu ini.

“Kami telah membina hubungan kerjasama dan seterusnya saya ingin mengukuhkannya,” kata Encik Prabowo kepada Perdana Menteri Jepun itu, dalam pertemuan mereka di Tokyo.

Encik Prabowo, yang sebelum ini berkata negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu komited kepada dasar tidak bersekutu, melawat Jepun selepas melakukan kunjungan ke China pada 1 April.

Ini adalah lawatan pertamanya ke luar negara, sejak memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia pada Februari.

Kedua-dua Tokyo dan Beijing sedang mendekati negara-negara Asia Tenggara yang terletak di sekitar Laut China Selatan yang dipertikaikan, kebanyakannya China mendakwa miliknya, untuk mendapatkan pengaruh di rantau strategik itu.

Menteri Pertahanan Indonesia itu, yang juga bekas komander pasukan khas, dijadual akan mengangkat sumpah mengambil alih jawatan presiden daripada Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, pada Oktober.

Encik Prabowo juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Jepun, Encik Minoru Kihara di Tokyo. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >