Prabowo mahu keputusan pilihan raya ditangguh

CALON yang berkemungkinan besar akan kalah dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia telah membuat percubaan terakhir untuk melambatkan pengumuman rasmi pilihan raya itu, yang dijangka mengisytiharkan Gabenor Jakarta, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, sebagai pemimpin negara itu seterusnya.

Kebanyakan pengiraan swasta menunjuk Encik Jokowi telah mengalahkan, Encik Prabowo Subianto, dengan kelebihan lima peratusan undi.

Namun, Encik Prabowo tidak mahu mengaku kalah, bahkan menuntut supaya keputusan pilihan raya itu ditangguhkan selama dua minggu bagi menyiasat dakwaan penipuan secara besar-besaran.

Beliau dijangka mencabar keputusan pengundian di Mahkamah Perlembagaan, walaupun para pemerhati menyatakan sebarang rayuan tidak mungkin berjaya.

"Apa yang kami mahukan adalah masa untuk mengkaji (dakwaan). Saya fikir kami bersikap munasabah," kata pembantu dan adik Encik Prabowo, Encik Hashim Djojohadikusumo, kepada agensi berita Reuters.

Encik Hashim mahu pengumuman ditangguhkan sehingga 9 Ogos ini sambil menyatakan terdapat cukup bukti penipuan yang sebenarnya meletakkan keputusan pilihan raya memihak kepada abangnya.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.