PRESIDEN syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Encik Arul Kanda Kandasamy, semalam menerima tanpa syarat cabaran Anggota Parlimen (AP) pembangkang Encik Tony Pua supaya diadakan perbahasan awam secara langsung di televisyen.
Encik Arul Kanda yang juga Pengarah Eksekutif 1MDB menarik balik syarat awal yang ditetapkan supaya AP PJ Utara itu mengundurkan diri daripada Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) sebelum perbahasan diadakan.