Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden baru parti Kongres India punya pengalaman luas dalam pilihan raya

Oct 21, 2022 | 04:09 PM



NEW DELHI: Encik Mallikarjun Kharge, presiden baru parti Kongres India, mempunyai rekod cemerlang dalam pilihan raya, memenangi 11 daripada 12 pilihan raya yang ditandinginya, sepanjang kerjaya politik selama lima dekad.


Pemimpin berusia 80 tahun itu menang sembilan pilihan raya berturut-turut bagi dewan negeri Karnataka antara 1972 dengan 2008, dan dua kali menang kerusi parlimen Gulbarga di Karnataka pada 2009 dan 2014.


Beliau kalah dalam pilihan raya umum 2019 apabila parti Kongres dikalahkan oleh Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri, Encik Narendra Modi.


Dilahirkan pada 1942 di daerah Bidar, Karnataka, Encik Kharge adalah anak seorang pekerja kilang dan dari masyarakat Dalit, yang sering menghadapi diskriminasi kasta.


Encik Kharge, yang beragama Buddha, adalah lulusan sarjana bukan ilmiah, dan kemudian berkhidmat dalam bidang guaman.


Kebolehannya itu dijangka dapat membantu beliau melaksanakan peranan sebagai presiden parti Kongres untuk menangani perkara-perkara yang mencetuskan kekecohan dalam kalangan parti itu. – ST

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >