Presiden Filipina sifatkan duta besar Amerika sebagai 'gay'

MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, mencetus perbalahan diplomatik baru apabila beliau menyifatkan duta Amerika Syarikat sebagai "gay" dalam kenyataan yang mendorong Washington memanggil duta Manila untuk mengadu.

Dalam bidasan terbarunya, Encik Duterte menggunakan istilah bahasa Tagalog untuk menyatakan rasa tidak senang terhadap Duta Besar Amerika, Encik Philip Goldberg, dalam komen di televisyen yang dibuat pada Jumaat (5 Ogos) lalu.

"Seperti yang anda tahu, saya sedang bergaduh dengan duta (Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry). Dutanya yang gay, anak pelacur. Dia menjengkelkan saya," ujarnya.

Encik Duterte, 71 tahun, mula terlibat dalam konflik dengan Encik Goldberg pada Mei selepas pemimpin Filipina itu berkata beliau mahu merogol seorang mubaligh "cantik" Australia, yang diserang secara seksual dan dibunuh dalam satu rusuhan penjara di Davao pada 1989.

Ketika itu, Encik Duterte menjadi mayor Davao.

Encik Goldberg dan Duta Australia mengkritik beliau kerana komennya itu.

"Dia masuk campur semasa pilihan raya, memberi kenyataan sana sini. Dia tidak sepatutnya berbuat demikian," kata Encik Duterte pada Jumaat.

Jabatan Negara Amerika berkata kuasa usaha Filipina, Encik Patrick Chuasoto, telah dipanggil Isnin (8 Ogos) lalu untuk membincangkan komen Encik Duterte itu.

"Saya rasa apa yang kami mahu ialah lebih memahami mengapa kenyataan itu dibuat," kata jurucakap jabatan tersebut, Cik Elizabeth Trudeau.

Jurucakap ehwal luar Filipina, Encik Charles Jose, mengesahkan tentang pertemuan itu tetapi berkata duta Manila "dijemput ke Jabatan Negara untuk membincangkan keseluruhan hubungan Filipina-Amerika Syarikat".

"Hubungan Filipina-AS kekal kukuh," katanya pada Rabu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.