Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Presiden Halimah terima anugerah Presiden Kazakhstan atas sumbangan galak harmoni, persahabatan

May 22, 2023 | 06:31 PM



PRESIDEN Halimah Yacob dianugerahkan Order of Dostyk (Persahabatan) Kelas Pertama oleh Presiden Kazakhstan, Encik Encik Kassym-Jomart Tokayev pada Isnin.

Anugerah itu, yang juga pernah diberikan kepada mendiang Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew pada Februari 2012, mengiktiraf individu kerana mempromosikan persetujuan antarabangsa dan sivil dalam masyarakat dan menggalak keamanan, persahabatan dan kerjasama antara rakyat.

Puan Halimah dalam hantaran Facebooknya mengundang Encik Tokayev untuk berkunjung ke Singapura tahun depan dan menegaskan semula minat Singapura untuk memperkukuh pertalian bersama Kazakhstan sedang kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-30 bagi pertalian diplomatik tahun ini.

Beliau juga mengalu-alu rancangan Air Astana untuk melancarkan penerbangan langsung ke Singapura pada masa depan yang akan dapat mengendalikan lebih banyak trafik pelancong dan perniagaan.

Beliau dan Encik Tokayev telah menyaksikan beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai.

Ia termasuk Perjanjian Mengenai Perdagangan dalam Perkhidmatan dan Pelaburan di bawah rangka kerja Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Ekonomi Eurasia-Singapura, Perjanjian Kerjasama antara Pusat Kewangan Antarabangsa Astana dan Enterprise Singapore, MOU mengenai Pembinaan Keupayaan bagi lima negara Asia Tengah (C5) dan MOU antara Pusat Syarikat Saham Bersama bagi Pembangunan Dasar Perdagangan (QazTrade) dengan Enterprise Singapore.

Ketika bertemu Encik Tokayev di Istana Akorda, mereka berdua berbincang tentang sekitaran geopolitik yang semakin tidak menentu dan justeru, Puan Halimah berkata terdapat keperluan untuk Singapura bekerjasama lebih dengan negara seperti Kazakhstan.

“Kami juga mempunyai perbincangan menarik tentang pelbagai isu, dari pendidikan kepada keharmonian antara kaum. Saya menanti pertukaran lanjut antara Singapura dengan Kazakhstan, terutama dalam bidang keselamatan makanan, pembangunan modal manusia dan pelancongan,” tulisnya.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), kedua-dua pemimpin mengalu-alu pertukaran kunjungan peringkat tinggi dan bersetuju terdapat skop bagi kedua-dua negara meluaskan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pembangunan kemahiran, tenaga, ketersambungan rantaian bekalan dan logistik.

Encik Tokayev juga menggalak syarikat Singapura agar turut serta dan memanfaatkan peluang daripada pembangunannya.

Puan Halimah pernah bertemu Encik Tokayev pada 2017 apabila menghadiri pembukaan Astana Expo sebagai Speaker Parlimen dan ketika Encik Tokayev merupakan Pengerusi Senat.

“Presiden Tokayev mengenali Singapura dengan baik sekali, memandangkan telah berkhidmat di sana sebagai diplomat muda pada 1970-an. Beliau mempunyai kenangan manis tentang Singapura. Beliau telah mengunjungi Singapura beberapa kali sejak itu dan telah melihat bagaimana Singapura berkembang sepanjang tahun-tahun ini,” tambahnya.

Pada awal Isnin, Puan Halimah juga meletakkan lingkaran bunga di Monumen kepada Pembela Tanah Air untuk memberi penghormatan kepada orang Kazakhstan yang telah mengorbankan nyawa mereka demi kemerdekaan Kazakhstan.

Pada petang Isnin, Puan Halimah menghadiri jamuan makan malam oleh Perdana Menteri Kazakhstan, Encik Alikhan Smailov, menyusuli penyertaan mereka di majlis penutupan Forum Perniagaan Kazakhstan-Singapura.

Pada Ahad, beliau telah melawat Masjid Besar Astana di ibu kota Astana, dikatakan masjid terbesar di Asia Tengah.

Puan Halimah telah diundang ke menara tempat azan dilaungkan untuk menikmati pemandangan bandar itu.

Beliau juga melawat Rumah Persahabatan Astana dengan banyak kumpulan etnik di Kazakhstan diketengahkan, dan bertemu Mayor Astana, Encik Zhenis Kassymbek, dan Timbalan Pengerusi Perhimpunan Rakyat Kazakhstan, Encik Marat Azilkhanov.

Beliau juga akan melawat Uzbekistan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >