Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Jokowi akan bertemu Paus Francis pada September

Apr 04, 2024 | 12:23 PM



JAKARTA: Kementerian Ehwal Luar Indonesia sedang mengusahakan butiran mesyuarat dua hala antara Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dan Paus Francis, yang akan diadakan apabila ketua paderi berusia 87 tahun itu melawat Indonesia pada September, kata Setiausaha pemerintah, Encik Pratikno, pada 3 April.


Encik Praktikno berkata persinggahan ketua paderi itu di Indonesia adalah dalam rangka lawatan negara dan protokol membolehkan kedua-dua pemimpin itu bertemu di ibu negara.

“Ia adalah lawatan negara dan kini butirannya sedang dibincangkan oleh Kementerian Ehwal Luar,” kata Encik Pratikno, seperti dipetik agensi berita Antara.


Menteri Ehwal Agama, Encik Yaqut Cholil Qoumas, berkata pada hujung minggu bahawa Paus Francis akan melawat Indonesia pada September atas undangan Presiden Jokowi.

“Selepas menunggu selama dua tahun, Paus Francis akhirnya akan datang ke Indonesia. Saya percaya ini akan menjadi hadiah istimewa untuk umat Katolik,” kata Encik Yaqut pada satu acara di Jawa Tengah pada 30 Mac.

“Menurut surat yang dihantar oleh Vatican dan diterima oleh pemerintah Indonesia, Paus Francis akan hadir di Indonesia pada 3 September 2024,” kata Encik Yaqut, seperti dipetik di laman web kementerian itu.

“Ini akan menjadi penghormatan bagi Indonesia.”

Paus Francis juga dijangka melawat Papua New Guinea pada Ogos, kata Menteri Luar negara itu, Encik Justin Tkatchenko, pada Januari.

Sumber Vatican berkata Paus Francis merancang untuk melawat Timor-Leste pada bulan yang sama.

Sejak pemilihan beliau pada 2013, Paus Francis telah melakukan 44 lawatan ke luar negara.

Vatican berkata beliau akan melawat Belgium pada akhir 2024 dan telah menyebut kemungkinan lawatan ke negara asalnya, Argentina. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >