NEW YORK: Presiden Maldives Abdulla Yameen terus menghadapi tekanan selepas pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini memberi amaran kepada Majlis Keselamatan (UNSC) badan dunia itu, bahawa situasi di Maldives dijangka lebih buruk selepas pengumuman perintah darurat oleh presiden negara kepulauan itu.
Amaran itu dibuat dalam mesyuarat khas bagi membincangkan krisis di negara itu susulan arahan Presiden Abdulla supaya beberapa hakim ditahan, selepas mereka mengeluarkan perintah pembebasan beberapa pemimpin politik pembangkang.