PARIS: Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, berkata golongan wanita di Russia dan Amerika Syarikat semakin kehilangan hak mereka.
Ketika berucap pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa kelmarin di ibu kota negara itu, pemimpin Perancis itu berkata ancaman terhadap hak wanita bukan sahaja berlaku di negara membangun atau negara yang berada di bawah pemerintahan diktator bahkan di negara kaya dan maju.