Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Trump kecewa dek saranan imigresen Senat

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Donald Trump melahirkan rasa kecewa dengan penggubal undang-undang negara itu dalam satu mesyuarat di Pejabat Oval selepas mereka menyarankan usul supaya memulihkan perlindungan bagi pendatang dari Haiti, El Salvador dan negara Afrika dalam rangka perjanjian dua pihak, menurut beberapa sumber.



Encik Trump ditukil sebagai berkata:



"Kenapa kita perlu menerima orang-orang daripada negara ini."



Beliau juga dilaporkan menggunakan kata kesat untuk merujuk kepada negara Haiti, El Salvador dan negara Afrika.



Beliau kemudiannya menyarankan supaya Amerika Syarikat menerima lebih banyak orang dari negara-negara seperti Norway.



Komen Encik Trump itu menyebabkan penggubal undang-undang yang hadir terkejut, menurut orang yang mempunyai maklumat tentang mesyuarat tersebut.



Awal daripada itu, Anggota Republikan Senator Lindsey Graham dan Senator Richard Durbin, seorang Demokrat, telah menyarankan langkah memotong program loteri visa sebanyak 50 peratus dan kemudian mengutamakan negara-negara yang sudah ada dalam sistem itu, kata seorang pegawai Rumah Putih.



Dalam satu kenyataan bertulis, Encik Raj Shah, timbalan setiausaha akhbar di Rumah Putih, tidak menafikan komen yang dibuat Encik Trump atau mengulas secara langsung komen tersebut semasa mesyuarat itu.



"Ada ahli politik Washington memilih memperjuangkan negara asing, tetapi Presiden Trump akan sentiasa berjuang bagi rakyat Amerika," kata Encik Shah.



"Seperti negara lain yang mempunyai dasar imigresen berasaskan merit, Presiden Trump berjuang mencari penyelesaian kekal yang menjadikan negara kita lebih kuat dengan mengalu-alukan mereka yang dapat menyumbang kepada masyarakat kita, mengembangkan ekonomi kita dan mengasimilasikan negara kita."



Menggariskan perjanjian berpotensi kedua-dua belah pihak, penggubal undang-undang membincangkan memulihkan perlindungan bagi negara-negara yang telah dikeluarkan dari program status dan dalam pada itu memperuntukkan tambahan AS$1.5 bilion ($1.9 bilion) bagi tembok sempadan dan membuat perubahan kepada sistem undian visa.



Pentadbiran Amerika awal minggu ini mengumumkan bahawa ia telah meluputkan perlindungan untuk El Salvador.



Encik Trump awalnya kelihatan bersetuju dengan perjanjian itu, kata pembantunya, tetapi menukar pendiriannya dalam mesyuarat itu dan tidak kelihatan berminat.



Dalam mesyuarat itu Encik Graham dan Encik Durbin mempunyai gambaran mereka akan bertemu dengan Encik Trump sahaja dan terkejut apabila mendapati anggota yang berpendiran tegar mengenai imigresen seperti anggota Republikan Bob Goodlatte dan Senator Republikan Tom Cotton turut hadir di mesyuarat itu.



Selepas mesyuarat itu, Encik Marc Short, pembantu perunding Encik Trump, berkata Rumah Putih belum mencapai kesepakatan kedua-dua pihak mengenai isu imigresen itu.



Namun, setiausaha akhbar Rumah Putih Sarah Huckabee Sanders semasa memberi taklimat media berkata persetujuan mungkin boleh dicapai.



Anggota Kongres Encik Luis Gutiérrez, seorang Demokrat berkata komen Encik Trump "akan menggoncang keyakinan orang ramai" dalam perbincangan dasar imigresen yang berterusan.



"Parti Demokrat dan Republikan di Senat membuat cadangan. Respons yang diterima ialah kemarahan daripada pemimpin yang bersifat perkauman ini. Bagaimana anda boleh memandang beliau dengan serius?" kata Encik Gutiérrez.



"Mereka (Republikan) tidak percaya tentang imigresen - ia sering dilihat sebagai ada kaitan dengan orang yang berwarna dan mencegah mereka dari memasuki negara ini," ujar Encik Gutiérrez.



Sebilangan anggota Republikan juga menimbulkan bantahan.



Anggota Kongres Cik Mia Love, yang keluarganya berasal dari Haiti, dalam satu kenyataan berkata bahawa ucapan Trump adalah "tidak wajar, memecah belah, elitis, dan menampar nilai negara kita. Tingkah laku ini tidak boleh diterima daripada pemimpin negara kita."



Anggota Kongres Adriano Espaillat, yang mewakili sebahagian besar kawasan Harlem dan juga seorang pendatang daripada Dominican Republic ,berkata:



"Nenek saya pernah berkata, 'Digame con quién caminas, y te diré quién eres.' Beritahu saya siapa yang teman anda, dan saya akan memberitahu anda siapa anda. Jika beliau (Trump) berteman dengan penyokong kulit putih dan menyokong mereka, kata-kata sedemikian tidak mengejutkan saya."



Dalam satu kenyataan yang mengutuk ucapan Encik Trump, duta besar Haiti ke Amerika, Encik Paul G. Altidor, mengatakan bahawa "presiden itu sama ada salah ketahui atau salah faham tentang Haiti dan rakyatnya."



Beliau berkata kedutaan Haiti dibanjiri dengan e-mel daripada rakyat Amerika yang meminta maaf atas apa yang dikatakan oleh Presiden Trump.



Encik Alix Desulme, anggota majlis bandar di Miami Utara, kediaman kepada ribuan orang Haiti Amerika, berkata kenyataan terkini presiden itu "menjijikkan". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >