Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Ukraine: Tentera kami tidak menembak MH17

Jul 19, 2014 | 02:00 AM



KIEV (Ukraine): Angkatan Tentera Ukraine tidak terbabit dengan penembakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, kata Presiden Ukraine, Encik Petro Poroshenko.


"Pihak angkatan tentera tidak menembak mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.


Beliau bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.


"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.


Pesawat MH17 terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia sekitar 11 malam tadi (17 Julai) waktu Singapura, selepas terkena tembakan peluru berpandu darat-ke-udara dari pihak yang sehingga kini belum mengaku bertanggungjawab.


Malaysia Airlines (MAS) dalam pada itu menyatakan di laman Twitter bahawa ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam dan dijadualkan tiba di KLIA pada 6.10 pagi ini, waktu Singapura.


Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.


Dalam perkembangan lain, seorang pegawai Kementerian Kecemasan ditukil sebagai berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan penumpang dan serpihan bangkai pesawat yang sudah berkecai dilihat berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.


Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.


Sejauh ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. - BHM, TV3




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >