BEIJING: Presiden China, Encik Xi Jinping, berkata pada Khamis (3 Sep) China akan mengurangkan jumlah askarnya sebanyak 300,000, sedang ia memulakan perbarisan besar-besaran tentera bagi mengingati 70 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua di Asia.
China akan selalu mengikuti jalan pembangunan aman, ujar Encik Xi dalam ucapan di Dataran Tiananmen.
Dengan isterinya, Cik Peng Liyuan, di sisi, beliau menyambut tetamu kenamaan, termasuk Presiden Russia, Encik Vladimir Putin; Presiden Korea Selatan, Cik Park Geun Hye; dan Menteri Luar Perancis, Encik Laurent Fabius.
Perbarisan itu, bagi menyambut ulang tahun ke-70 'Kemenangan Penentangan Rakyat China Terhadap Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia', tidak dibuka kepada rakyat biasa China.
Ramai pemimpin dunia menolak undangan menghadiri perbarisan tersebut, termasuk Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron dan Presiden Perancis, Encik Francois Hollande. - Reuters