Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRK Rompin: SPR yakin 80 peratus penduduk mengundi

May 05, 2015 | 04:43 PM



ROMPIN (Pahang): Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin sasaran 80 peratus pengundi akan mengundi hari ini tercapai.


Purata 15 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mengundi setiap sejam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang bermula sejak pukul 8 pagi tadi.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata:


""Purata keluar mengundi dalam tempoh sejam sebanyak 15 peratus ini sangat tinggi dan ia petanda positif untuk SPR capai sasaran yang dibuat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Menurut beliau, kelancaran proses pengundian dengan keadaan cuaca yang baik serta tiada kesesakan lalu lintas melampau turut mampu menyumbang kepada jumlah peratusan keluar mengundi tinggi.


"Hasil pemerhatian saya juga mendapati proses pengundian juga berjalan dengan lancar dan berharap akan kekal sehingga pengumuman keputusan.


"Namun saya agak kecewa dengan sikap penyokong kedua-dua parti yang masih meraih undi walaupun tempoh berkempen telah tamat," katanya.


Dalam pada itu, jurucakap SPR memaklumkan beberapa pusat daerah mengundi (PDM) akan ditutup awal.


Ia melibatkan Dewan Stesen Mardi di PDM Muadzam Shah yang akan ditutup pada pukul 4 petang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek di PDM Tekek (ditutup pukul 3 petang).


Pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Juara, Balai Raya Kampung Genting, SK Mukut dan SK Denai pula ditutup pukul 2 petang berikutan jumlah pengundi yang tidak ramai di kawasan berkenaan.


Kawasan undi Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar, meliputi 52,744 pengundi biasa dan 545 pengundi awal serta lima pengundi yang tidak mengundi.


Tan Sri Abdul Aziz dipetik media sebagai berkata, keputusan pilihan raya kecil Rompin dijangka diumumkan SPR sekitar 11 malam ini. - The Star Online, BH Online, UTUSAN ONLINE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >