Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Produk susu Marigold HL di Malaysia ditarik balik

Oct 17, 2016 | 11:14 AM



PETALING JAYA: Malaysia Milk telah menarik balik produk susu Marigold HL yang dijual dalam pakej 200ml dan satu liter.



Penarikan balik itu menjejas produk yang mempunyai tarikh luput hingga 7 Nov (bagi Semenanjung Malaysia) dan 11 Nov (Sabah, Sarawak dan Labuan).



Menurut syarikat itu, tindakan tersebut berikutan maklum balas pelanggan yang menyatakan kepekatan susu coklat Marigold HL itu lebih tinggi daripada biasa.



Ia berkata walaupun maklum balas pelanggan hanya berkaitan susu coklat Marigold HL, syarikat itu mengambil "langkah-langkah proaktif" menarik balik produk lain, termasuk Marigold HL Milk Chocolate, Marigold HL Plain Milk dan Marigold HL Strawberry Milk.



Marigold HL Milk with Plant Sterols juga antara produk yang dipanggil balik, tetapi hanya bagi pek satu liter.



"Unit Kawalan Mutu dan pasukan Pengeluaran kami telah memastikan punca isu ini, dan ia dibetulkan kemudiannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (15 Okt).



Syarikat itu memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh tindakan tersebut. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >