Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Projek air bagi kompleks petroleum Petronas bantu kurangi krisis air Johor

Mar 15, 2016 | 10:26 AM



KOTA TINGGI: Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, sedang menyiapkan sebuah projek bekalan air bernilai RM700 juta ($235 juta) dalam tempoh dua bulan untuk mendapatkan bekalan air mencukupi bagi kompleks petroleum besar yang sedang dibina di Pengerang di tenggara Johor.



Projek empangan dan kolam air berhampiran bandar Kota Tinggi itu akan juga mengurangkan "krisis air" bagi kira-kira 100,000 penduduk di daerah Kota Tinggi dan Pengerang, kerana kira-kira 20 peratus daripada air yang dikumpulkan di kolam air Sungai Seluyut baru itu ialah bagi kegunaan awam, kata para pegawai pada Isnin (14 Mac), lapor akhbar The Straits Times.



Penyiapan projek itu datang di tengah-tengah kebimbangan di Johor mengenai penggunaan air yang tinggi disebabkan oleh perindustrian yang pesat dan perubahan iklim yang telah mengurangkan tahap takungan.



Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim, yang melancarkan pemindahan awal air projek itu ke selatan pada Isnin, berkata perubahan iklim telah mengurangkan hujan di Pengerang kepada 1,600mm setiap tahun tahun lalu, daripada 3,000mm pada 2011.



Awal bulan ini (Mac), Singapura dan Malaysia bersetuju "memulakan pertukaran kerap" bagi menangani kebimbangan mengenai bekalan air disebabkan hujan rendah dalam beberapa bulan kebelakangan.



Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) bersama rakan sejawatannya dari Malaysia menyatakan ia akan memantau dan melaksana langkah-langkah bagi mengurangkan kebimbangan terhadap paras air jatuh di kolam air Linggiu di Johor.



Singapore mendapatkan kebanyakan airnya dari kolam air itu. Hujan yang rendah menyaksikan paras air di kolam air tersebut jatuh ke paras terendah 43 peratus November lalu.



Penggunaan air tinggi oleh 3.5 juta rakyat Johor disebut oleh pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Daerah dan Luar Bandar, Datuk Hasni Mohammad. Beliau berkata rakyat Johor menggunakan purata 220 liter air sehari.



Sebagai perbandingan, penggunaan air di Singapura ialah 155 liter sehari, 150 liter di Britain dan 130 liter di Hong Kong, ujar Datuk Hasni November lalu.



Empangan baru itu akhirnya akan membekalkan 260 juta liter sehari kepada Pengerang.



Bagaimanapun, pengguna utama air itu ialah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) yang sedang dibina oleh Petronas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >