KERJA-KERJA pembinaan laluan kereta api laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura dijangka dimulakan dalam 2016.
Akhbar The Star semalam menukil pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar, sebagai menyatakan bahawa pihaknya telah mengenal pasti tujuh stesen - Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya di laluan tersebut.