KUALA NERUS (Terengganu): Malaysia berjaya menjadi perintis kepada pelaksanaan projek pembangunan nelayan konsep moden ala Felda menerusi pengenalan Projek Akuapolitan Kuala Nerus semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri Malaysia itu berkata projek menelan kos RM180 juta ($60.48 juta) itu dengan fokus menaik taraf sosioekonomi masyarakat nelayan bakal menjadi pemangkin kepada golongan itu menjadi lebih berjaya dan proaktif.