Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Proses evakuasi huru-hara: Taleban salahkan Amerika

Puluhan ribu rakyat Afghanistan terus banjiri lapangan terbang di Kabul; keadaan semakin tidak terkawal dan lebih ramai dilaporkan terbunuh
Aug 24, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Taleban menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas keadaan huru-hara yang tercetus dalam proses evakuasi puluhan ribu warga asing dan rakyat Afghanistan dari Kabul.



Rakyat Afghanistan yang berusaha melarikan diri daripada penguasaan Taleban, membanjiri sekitar lapangan terbang di Kabul yang menyaksikan AS serta pasukan sekutunya bergelut menangani jumlah besar orang yang terdesak menaiki pesawat evakuasi.



"AS dengan segala kuasa dan kemudahan yang dimiliki, telah gagal mengawal keadaan di lapangan terbang.



"Keadaan di seluruh negara ini adalah aman dan tenang, namun kekacauan berlaku hanya di lapangan terbang di Kabul," kata pegawai Taleban, Amir Khan Mutaqi.



Keadaan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai semakin tidak terkawal dengan lebih ramai dilaporkan terbunuh



Kelmarin, Kementerian Pertahanan Britain melaporkan, tujuh orang maut dalam kejadian itu, tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut.



Seorang wartawan yang juga berusaha meninggalkan Afghanistan dan berjaya memasuki lapangan terbang semalam, menceritakan keadaan orang ramai berasak mengerumuni bas berkenaan dalam keadaan terdesak.



"Mereka menunjukkan pasport dan menjerit 'bawa kami bersama anda... tolong bawa kami bersama anda'.



"Kumpulan Taleban yang menaiki trak di hadapan kami terpaksa melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan mereka," katanya kepada AFP.



Sejumlah rakaman video antara lain memaparkan bayi dan kanak-kanak dihulur melepasi pagar berkawat di lapangan terbang untuk disambut oleh tentera.



Malah, keadaan genting itu turut menyaksikan seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi perempuan dalam pesawat Tentera Udara AS sejurus mendarat di sebuah pangkalan di Jerman.



Dalam kenyataan yang dipetik daripada TRT World, jurucakap Kementerian Pertahanan Britain berkata, situasi sekitar lapangan terbang itu amat mencabar dan pihaknya melakukan seupaya mungkin untuk mengawal keadaan.



Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dalam kenyataan rasmi mengesahkan sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam tempoh tujuh hari ketika usaha saat-saat akhir dilakukan untuk memindahkan warga asing dan penduduk Afghanistan yang ingin keluar dari negara itu.



Sejak beberapa hari lalu jumlah mereka yang berkumpul di kawasan sekitar lapangan terbang semakin ramai walaupun dalam keadaan panas membahang dan berdebu.



Keadaan bertambah runcing berikutan terdapat laporan ancaman daripada Daesh sehingga memaksa segala operasi dilakukan dengan cepat.



Setakat ini tiada perincian yang diberikan mengenai kumpulan berkenaan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi seteru Taleban.



Susulan perkembangan itu, kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran pada Sabtu lalu kepada warganya supaya tidak meneruskan perjalanan ke lapangan terbang.



Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, mengumumkan pemimpin negara anggota G7 akan membincangkan krisis Afghanistan melalui sidang kemuncak secara maya hari ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >