Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU14: PKR akui mungkin kalah di Permatang Pauh

Apr 29, 2018 | 04:20 PM



PERMATANG PAUH (Pulau Pinang):  Sama ada bermain psikologi atau benar-benar bimbang, Parti Keadilan Rakyat (PKR)  secara terbuka mengakui mungkin tumbang di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Malaysia.



Naib presiden parti pembangkang itu, Cik  Nurul Izzah Anwar, berkata  ini kerana Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS)  sedang memberikan tentangan sengit kepada PKR untuk mempertahankan kerusi tersebut,  yang mempunyai lebih 80,000 pengundi berdaftar, lapor Utusan Online pada Ahad (29 April).



Beliau, yang juga anak mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata  faktor kekuatan BN dan PAS ialah   sejarah panjang dua parti itu  di situ.



“Saya sangat bimbang jika peratusan keluar mengundi rendah, sebab itu saya kata kita tidak boleh ambil mudah.



“Mereka mempunyai jentera pilihan raya yang sangat kuat di sini, sebab itu kami terpaksa bekerja kuat sejak dua tahun lepas,” katanya, yang bertanding di kerusi itu, dalam satu sidang akhbar di sini pada Ahad.



Kemenangan PKR di kerusi tersebut  sejak Pilihan Raya Umum 1999 dikaitkan dengan ‘bantuan’ undi penyokong PAS,  namun sejak 2015 dua parti itu memutuskan kerjasama politik selepas PAS mendakwa dikhianti PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >