Puad Zakarshi: Muhyiddin 'pemalas'

PETALING JAYA: Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya dituduh pemalas oleh bekas timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi, yang kesal masih terdapat sekolah dan asrama daif di negara ini.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah untuk menjalankan tugas, termasuk pihak menteri yang didakwanya malas membuat tinjauan, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Selain Tan Sri Muhyiddin, kementerian tersebut mempunyai seorang lagi menteri iaitu Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, manakala timbalan menteri pula, ialah Datuk Mary Yap dan P. Kamalanathan.

Datuk Mohd Puad yang tewas dalam pilihan raya umum lalu tetapi baru sahaja dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) beberapa minggu lalu bagi mengantikan Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia.

Beliau membuat tuduhan tersebut selepas menerima beberapa gambar yang menunjukkan kedaifan sebuah sekolah di Keningau, Sabah.

"Masih belum terbela. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif.

"Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah," beliau menulis di laman Facebooknya.

Menurut Datuk Puad yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu, situasi sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk meningkatkan kualiti dalam pendidikan. - Utusan Malaysia

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.