Puluhan mati dalam tanah runtuh lombong jed Myanmar

YANGON: Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang besar di kawasan perlombongan permata jed di Kachin, utara Myanmar, kata pegawai semalam.

Pasukan penyelamat sedang meneruskan usaha mencari mayat dalam bencana paling buruk bagi industri jed Myanmar yang penuh dengan kontroversi itu.

"Kami jumpa 79 mayat pada 21 Nov dan 11 lagi hari ini (semalam), jadi jumlahnya 90 sejauh ini," ujar Encik Nilar Myint, pegawai dari pihak berkuasa pentadbiran setempat di Hpakant, Kachin.

Mangsa sedang mencari jed bernilai tinggi dalam timbunan batu bata kasar di kawasan perlombongan terpencil, lapor media negara. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 16
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.