KUNDUZ (Afghanistan): Penyelamat semalam bertungkus lumus menghantar makanan dan bekalan perubatan kepada keluarga yang terdampar di atas gunung-gunung selepas banjir kilat membunuh 74 orang di sebuah daerah terpencil di utara Afghanistan - menghanyutkan ratusan rumah dan memaksa ribuan orang melarikan diri.
Angka kematian dijangka meningkat, dengan sejumlah orang dikatakan hilang di daerah pergunungan wilayah Baghlan selepas hujan lebat mengakibatkan banjir Jumaat lalu.