Putera Mahkota naik takhta kerajaan Thailand

BANGKOK: Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, 64 tahun, telah menaiki takhta kerajaan Thailand.

Beliau bersetuju menggantikan ayahnya, Raja Bhumibol Adulyadej, pada petang Khamis (1 Dis), menyusuli pertemuan dengan presiden Dewan Undangan Negara Pornpetch Wichitcholchai, Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan Presiden Mahkamah Agung Veerapol Tungsuwan.

Pada sesi khas Parlimen pada Selasa, badan perundangan yang dilantik tentera menobatkan beliau sebagai raja seterusnya.

Semalam (1 Dis) menandakan hari ke-50 kematian Raja Bhumibol. Kerajaan Thai telah mengisytiharkan tempoh berkabung selama setahun dan membayangkan kod pakaian berwarna hitam bagi penjawat awam sepanjang tempoh itu akan diteruskan walaupun raja baru telah naik takhta.

Media Thai telah menyiarkan gambar raja baru siap dalam pakaian diraja, dan menyatakan keyakinan rakyat Thai beliau akan meneruskan legasi bapanya.

Pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dijangka diadakan selepas upacara pembakaran mayat Raja Bhumibol, yang meninggal dunia pada 13 Okt, tahun depan.

Tidak seperti banyak monarki berperlembagaan lain, istana Thailand terus berpengaruh, sebahagian besarnya kerana kuasa moral yang dibina Raja Bhumibol semasa pemerintahan 70 tahunnya.

Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, seorang juruterbang berkelayakan yang mendapat pendidikan di Britain dan Australia, anak lelaki tunggal Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730