Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin dakwa Ukraine mahu gunakan ‘bom kotor’

Oct 27, 2022 | 07:16 PM



MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin semalam meninjau latihan yang dijalankan oleh pasukan berkeupayaan nuklearnya sedang Moscow meneruskan dakwaan tidak berasas kepada India dan China bahawa Ukraine sedang membangunkan “bom kotor.”



Latihan itu diadakan menyusuli beberapa siri komen berlarutan oleh Moscow dan Encik Putin – yang memerhatikan gerakan dari bilik kawalan – bahawa konflik lapan bulan di Ukraine boleh bertukar nuklear.



“Di bawah kepimpinan... Vladimir Putin, satu sesi latihan telah diadakan dengan pasukan pencegahan strategik darat, laut dan udara, di mana pelancaran praktikal peluru berpandu balistik dan pelayaran dijalankan,” kata Kremlin dalam satu kenyataan.



Media milik pemerintah Russia menyiarkan rakaman kru kapal selam yang menyediakan pelancaran peluru berpandu balistik Sineva dari Laut Barents di Artik.

Latihan itu juga termasuk melancarkan peluru berpandu ujian dari semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia.



Rakaman latihan di seluruh media kerajaan dibuat selepas Menteri Pertahanan Russia, Encik Sergei Shoigu, meneruskan panggilan telefon kepada rakan sejawatannya di dunia, mendakwa Ukraine sedang membangunkan “bom kotor”.



Bom kotor boleh dicampur dengan bahan radioaktif, biologi atau kimia.

Encik Shoigu, yang telah membuat dakwaan ini dalam beberapa hari kebelakangan ini kepada rakan sejawat dari negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), mengulanginya kepada menteri pertahanan China Encik Wei Fenghe semalam.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >