Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pyongyang boleh buat 6 bom nuklear setahun: Pakar

Sep 14, 2016 | 12:32 PM



SEOUL: Korea Utara akan mempunyai cukup bahan bagi membuat kira-kira 20 bom nuklear menjelang akhir tahun ini, hasil kemudahan pengayaan uranium yang dipertingkat dan simpanan sedia ada plutonium, menurut satu penilaian baru oleh pakar senjata.



Pyongyang telah mengelak selama satu dekad sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Beratui (PBB) untuk membangunkan proses pengayaan uranium, membolehkan ia menjalankan program nuklear mampu diri berkesan yang berupaya menghasilkan sekitar enam bom nuklear setahun, kata mereka.



Keupayaan nuklear sebenar negara terpencil dan berahsia itu mustahil disahkan. Bagaimanapun selepas Pyongyang menjalankan ujian nuklear kelima dan paling kuatnya minggu lalu, dan, menurut Korea Selatan, bersedia bagi satu lagi, nampaknya ia tidak mempunyai kurang bahan untuk menjalankan ujian.



Korea Utara mempunyai banyak simpanan uranium dan telah berusaha secara terselindung lebih satu dekad untuk mengayakan bahan itu ke tahap gred senjata, ujar para pakar.



Projek itu, yang dipercayai telah berkembang dengan ketara, mungkin menjadi sumber bagi sehingga 150kg uranium yang diperkaya setahun, kata Encik Siegfried Hecker, seorang pakar mengenai program nuklear Korea Utara.



Jumlah itu cukup untuk kira-kira enam bom nuklear, ujar beliau, yang melawat kemudahan nuklear utama Yongbyon Korea Utara pada 2010, dalam satu laporan di 38 North, iaitu laman web Universiti Johns Hopkins di Washington, yang diterbitkan pada Isnin (12 Sep).



Ditambah dengan anggaran simpanan 32 hingga 54 kg plutonium, Korea Utara akan mempunyai cukup bahan boleh belah bagi kira-kira 20 bom menjelang akhir 2016, katanya.



Pyongyang berkata ujian terbarunya membuktikan ia berupaya meletak kepala peledak nuklear pada peluru berpandu balistik jarak sederhana, tetapi dakwaannya bahawa ia dapat mengecilkan peranti nuklear tidak pernah disahkan secara bebas.



Penilaian simpanan plutonium Korea Utara secara amnya konsisten dan diyakini tepat kerana para pakar dan pemerintah dapat menganggarkan tahap pengeluaran plutonium daripada tanda-tanda operasi reaktor dalam imej satelit.



Menteri Pertahanan Korea Selatan, Encik Han Min Koo, tahun ini menganggarkan simpanan plutonium Pyongyang berjumlah kira-kira 40 kg.



Tetapi Enik Hecker, bekas pengarah Makmal Kebangsaan Los Alamos Amerika Syarikat, tempat senjata nuklear direka, menyifatkan program pengayaan uranium Korea Utara sebagai "kad bebas nuklear baru mereka", kerana pakar Barat tidak tahu sejauh mana ia telah maju. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >