Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pyongyang lancar peluru berpandu balistik ke Laut Jepun

Aug 03, 2016 | 11:05 AM



SOUTH KOREA: Korea Utara menembak sebuah peluru berpandu balistik pada Rabu (3 Ogos) dari kawasan baratnya ke dalam laut di pantai timur, kata tentera Korea Selatan.



Ia yang terbaru dalam siri pelancaran peluru berpandu yang mengabai ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Banagsa Bersatu (PBB).



Peluru berpandu itu ditembak dari sebuah kawasan di wilayah Selatan Hwanghae ke kawasan di barat daya ibu kota Pyongyang, kata Pejabat Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan.



Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, berkata pada Rabu pelancaran peluru berpandu Korea Utara yang mendarat di dalam atau berhampiran perairan Jepun adalah satu ancaman serius terhadap keselamatan Jepun dan Tokyo telah membantah dengan keras.



On 19 Jul 19, Korea Utara menembak tiga peluru berpandu balistik yang terbang antara 500km dan 600km ke dalam laut di luar pantai timur.



Pyongyang kemudian berkata ia sebahagian daripada latihan simulasi serangan dahuluan terhadap pelabuhan Korea Selatan dan lapangan terbang yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat.



Pelancaran itu menyusuli perjanjian yang dicapai bulan lepas antara Seoul dan Amerika untuk mengerahkan sistem antipeluru berpandu Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal (Thaad) maju di Korea Selatan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >