Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Racun perosak, bukan Zika, punca mikrosefali?

Jul 29, 2016 | 11:18 AM



KERAGUAN baru telah timbul mengenai betulkah virus Zika punca keadaan mikrosefali pada bayi baru lahir.



Dapatan awal sebuah kajian besar ke atas wanita Colombia hamil yang dijangkiti Zika menunjukkan antara 28 Mac dan 2 Mei lalu, dalam kalangan hampir 12,000 wanita hamil yang mempunyai gejala klinikal Zika, tiada kes mikrosefali dilaporkan.



Menurut dapatan awal kajian yang diterbitkan oleh Insitut Sistem Kompleks New England (NECSI), bilangan kes mikrosefali yang dilaporkan di Columbia tidak sejajar.



NECSI berkata: "Di Brazil, kadar mikrosefali melonjak dengan lebih 1,500 kes disahkan."



Bagaimanapun, daripada 50 kes mikrosefali yang dilaporkan di Colombia, hanya empat dikaitkan dengan Zika, kata NECSI.



"Jika Zika punca mikrosefali, bagaimana pula dengan kes lain itu? Mungkin ada sebab lain bagi masalah tersebut di Brazil," kata NECSI.



Memandangkan keterangan yang dikemuka dalam kajian itu, NECSI mengatakan punca mikrosefali di Brazil perlu dipertimbang semula.



Wabak Zika pertama muncul di Brazil pada pertengahan 2015. Virus bawaan nyamuk itu kemudian dikaitkan dengan kecacatan kelahiran kanak-kanak.



Mikrosefali, satu keadaan kongenital yang dikaitkan dengan perkembangan otak tidak lengkap, adalah antara kecacatan itu.



Bayi yang mengalami mikrosefali mempunyai kepala lebih kecil daripada biasa, berbanding bayi lain dalam umur sama.



Walaupun jangkitan Zika sekarang dianggap secara meluas sebagai punca utama mikrosefali, NECSI mencadangkan bahawa penggunaan racun perosak pyriproxyfen mungkin punca mikrosefali.



Pyriproxyfen dibubuh pada air minuman di beberapa bahagian Brazil untuk membunuh larva nyamuk yang membawa virus Zika.



NECSI dan Pusat Penyelidikan Sains Toksikologi Sweden, sebuah kumpulan doktor di Brazil dan Argentina, kini menggesa agar lebih banyak kajian dijalankan mengenai potensi kaitan antara penggunaan pyriproxyfen dan mikrosefali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >