KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pandan, Encik Rafizi Ramli, semalam mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Encik Rafizi didakwa mendedahkan dokumen sulit kerajaan pada 24 Mac di parlimen yang mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).